24 February 2010
Teleconference: Sambil Minum Kopi
Sambil Minum Kopi (Siri 2):
OK Ke Sebumbung Dengan 'Bukan Melayu'?
Mahasiswa Melayu yang menuntut di institusi-institusi di luar negara cenderung untuk tinggal sebumbung bersama rakan-rakan Melayu yang lain. Antara faktor yang dipersetujui secara bersama dikalangan rakan serumah, samada dinyatakan secara jelas ataupun persetujuan bersifat tradisi, adalah keselesaan individu untuk berkomunikasi, beribadah dan bersosial.
Faktor-faktor ini seakan-akan menjurus kepada usaha mencapai ‘zon selesa’ dalam konteks persamaan aspek berbahasa Melayu, berbudaya Melayu, dan cara hidup beragama Islam. Keselesaan ini difikirkan perlu bagi memberikan ruang kepada mental, fizikal dan spiritual untuk lebih fokus dalam menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar di luar rumah, seperti memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik serta penglibatan aktif dalam persatuan dan komuniti tempatan.
Proses pembinaan idea yang konstruktif di atas tidak semestinya sah kerana terdapat kemungkinan kewujudan dikotomi di fasa-fasa awal proses tersebut.
Logik dari proses tersebut juga mengundang andaian bahawa, ‘kecemerlangan dalam bidang akademik serta penglibatan dalam persatuan dan komuniti tempatan’ tidak boleh tercapai seandainya mahasiswa Melayu tidak berada dalam ‘zon selesa’ seperti yang disebutkan diatas.
Siri kali ini membawa kita untuk bersama-sama berbincang dengan Saudari Nik Madihah tentang pengalaman beliau dalam mengimbangkan antara hidup bersama-sama dengan selesa dengan rakan serumah ‘bukan Melayu’ dan memastikan kecemerlangan akademik serta penglibatan aktif dalam hal ehwal luar dewan kuliah. Saudari Nik Madihah akan menyentuh aspek kehidupan beragama, sosial, psikologi dan aspek-aspek manusiawi yang lain menerusi perkongsian pengalaman beliau.
---------------------------------------------------
*Saudari Nik Madihah ialah mahasiswa tahun akhir University of Newcastle (UK) dalam bidang Pergigian. *Saudara Azad Azman ialah mahasiswa tahun akhir yang menuntut jurusan Exploration & Resource Geology di Cardiff University (UK).
---------------------------------------------------
Sambil Minum Kopi adalah suatu usaha kecil beberapa individu yang berjiwa besar. Individu-individu ini beraspirasi untuk 'Membudayakan Perbincangan Ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia di seluruh dunia.
Kami menyedari bahawa impian ini adalah suatu impian yang cukup besar, bahkan tampak mustahil dijayakan dalam jangka waktu yang singkat. Namun kami yakin bahawa ianya mampu tercapai apabila masyarakat Malaysia mula menyedari tentang keutamaan & kepentingan apresiasi terhadap ilmu. Dan 'Sambil Minum Kopi' hanyalah berperanan sebagai salah satu dari pencetus 'fenomena ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia, khasnya di UK dan Ireland.
Wallaahua'lam.
Jadual Aktiviti MMCS Lepas
[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -
[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1
[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-
[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup
[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula
-Adab ikhtilaf-
[24 Oct] 2010
[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-
[23 Feb] 2010
[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-
[25 Feb] 2010
[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-
[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-
[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-
[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen
[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen