22 February 2010

Welcome! Fàilte!



Assalamualaikum wbt.
Selamat Datang ke weblog:
MMCS- Malaysian Muslim Circle of Scotland!


Weblog ini baru sahaja dirasmikan pada hari 22 Februari 2010 setelah beberapa bulan
perbincangan antara beberapa wakil kawasan di Scotland ini. AlhamdulIllah~
Menyedari bahawa komuniti Melayu agak kecil di Scotland berbanding dengan kawasan- kawasan lain di United Kingdom, satu inisiatif dicadangkan untuk menyatukan seluruh lokaliti (seperti Glasgow, Aberdeen, Dundee, Edinburgh) di Scotland ini.

Hampir kesemua lokaliti telah pun mempunyai Persatuan Melayu masing-masing, justeru MMCS diharapkan mampu menjadi medium penghubung antara kesemuanya. Mudah-mudahan, walaupun sesetengah agenda komuniti hanya berpusat di tempat-tempat tertentu, seluruh Melayu Scotland dapat berkongsi manfaat.

Dengan demikian, MMCS berusaha untuk mewujudkan kesinambungan dan perhubungan yang erat dengan badan-badan berikut:


-Ikatan-
* Persatuan Melayu Aberdeen.
* Komuniti Melayu Dundee.
* Komuniti Malaysia Glasgow.
* Edinburgh Malaysian Student Association
* Juga persatuan-persatuan Melayu lain di seluruh Scotland.

Secara keseluruhannya, objektif MMCS ialah:

-Objektif-
* Wadah pengumpulan Malaysian Muslim seluruh Scotland

* Menghubungkan semua persatuan Malaysian Muslim di Scotland

* Mengeratkan hubungan sesama perantau Malaysian Muslim terutamanya antara undergraduate dan postgraduate
* Memudah dan menjimatkan banyak perkara untuk mana-mana program yang boleh dianjurkan di bawah satu bumbung Scotland


Weblog ini akan menjadi wadah utama dalam gerak kerja MMCS, di samping Group di Facebook dan juga MMCS Yahoogroups (Yahoogroup masih under construction).

Pihak MMCS akan berusaha menghebahkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang boleh dimanfaatkan oleh semua warga MMCS.
Justeru, andai ada antara warga MMCS yang ingin memaklumkan sebarang aktiviti untuk dikongsi di weblog ini, atau ingin menyumbang menulis di sini bolehlah menghubungi pihak admin di mmcs.scotland@googlemail.com.

Semoga MMCS akan bergerak maju selepas ini.
Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan.
Ke arah 1 Malaysia, 1 Scotland!

Wassalam.


p/s: Selama anda duduk di Scotland ini, tahukah anda bagaimana untuk pronounce Fàilte? Fàilte adalah bahasa Scotland Gaelic =)

Jadual Aktiviti MMCS Lepas

[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -

[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1

[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-

[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup

[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula

[13 Nov] 2010
PERGH Goes to Scotland 2010

[8 Nov] 2010
-Adab ikhtilaf-

[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-

[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-

[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-

[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-

[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-

[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen