Sambil Minum Kopi (Siri 3): Bagaimanakah Krisis Ekonomi Dunia 2008 Terjadi? bersama Saudara Nik Azmi
Dunia digemparkan dengan kejutan ekonomi yang cukup memeritkan pada awal tahun 2008 berikutan berlakunya beberapa krisis kewangan di peringkat antarabangsa. Kejutan ini disebut oleh pakar-pakar ekonomi sedunia diantara krisis ekonomi yang paling parah melanda seluruh dunia sejak 'The Great Depression' pada tahun 1930-an. Krisis ini telah mengundang cabaran yang cukup meruncing terhadap institusi-institusi kewangan, perbankan, perniagaan serta pasaran di peringkat global. Akibatnya, jutaan manusia terkesan dengan kejutan ini, lantas mengancam taraf kewangan dan ekonomi serta kehidupan mereka.
Pelbagai teori telah dikemukakan oleh pakar-pakar ekonomi dalam mengenalpasti faktor-faktor utama yang mencetuskan tragedi tersebut.
Kami mengenalpasti bahawa masyarakat umum cenderung untuk menuding jari terhadap kerapuhan sistem kapitalisme sebagai penyebab utama berlakunya krisis demikian.
Siri ke-3 Sambil Minum Kopi akan membawa anda untuk bersama-sama mematangkan perbincangan isu ini dalam suasana yang terbuka, kritikal dan akademik. Bagi sesi kali ini, Saudara Nik Azmi akan mengutarakan beberapa pandangan dan teori tentang faktor utama krisis ekonomi tersebut secara asas, disusuli dengan beberapa 'take-home message' yang lebih bersifat individu agar kita lebih cakna dengan keadaan dan dunia ekonomi semasa.
---------------------------------------------------
Saudara Nik Azmi adalah seorang akauntan di Ernst & Young (UK), firma assurans, percukaian dan perundingan kewangan terkemuka di peringkat antarabangsa.
Saudara Azad Azman adalah bakal graduan Cardiff University (UK) dalam jurusan Exploration & Resource Geology.
---------------------------------------------------
Sambil Minum Kopi adalah suatu usaha kecil beberapa individu yang berjiwa besar. Individu-individu ini beraspirasi untuk 'Membudayakan Perbincangan Ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia di seluruh dunia.
Kami menyedari bahawa impian ini adalah suatu impian yang cukup besar, bahkan tampak mustahil dijayakan dalam jangka waktu yang singkat.
Namun kami yakin bahawa ianya mampu tercapai apabila masyarakat Malaysia mula menyedari tentang keutamaan & kepentingan apresiasi terhadap ilmu. Dan 'Sambil Minum Kopi' hanyalah berperanan sebagai salah satu dari pencetus 'fenomena ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia, khasnya di UK dan Ireland.