1 April 2010

Kaunter Imigresen Bergerak - Aberdeen


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jabatan Imigresen Malaysia London telah memberikan pengesahan kehadiran mereka untuk mengendalikan kaunter imigresen bergerak pada 2 Mei 2010 di Aberdeen.

Justeru, kepada mana-mana warga Malaysia yang ingin membuat urusan imigresen serta konsular, sila daftar nama, alamat/nombor telefon dan jenis urusan yang ingin dilakukan nanti ke email melayu.aberdeen[at]yahoo.com.

Pendaftaran awal amat penting bagi tujuan pengurusan tempat dan logistik serta perkara yang berkaitan.

Seperti amalan sebelum ini, Persatuan Melayu Aberdeen mengjangkakan yang kaunter bergerak ini akan diadakan di University of Aberdeen.
Maklumat terperinci akan dikemaskini segera di tapak sesawang kami www.melayu-aberdeen.com

Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan selamat datang kepada seluruh warga Malaysia ke kota granit, tempat himpunan komuniti Malaysia paling utara di UK.

Sekian, harap maklum.

Jadual Aktiviti MMCS Lepas

[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -

[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1

[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-

[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup

[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula

[13 Nov] 2010
PERGH Goes to Scotland 2010

[8 Nov] 2010
-Adab ikhtilaf-

[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-

[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-

[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-

[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-

[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-

[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen