14 May 2010

Scottish,Scots and you





How do these Scots words make you feel? Do you recognise them? Do you use some or all of them? Do you know people who do? Even if it’s the first time you’re seeing some of these words written down, what are you thinking? The Broons? Oor Wullie? Burns? The Medieval Makars? Tenements? Closes? Fermers? Up north, down south, East Coast, West Coast? Folk you know from other parts of Scotland? The guy who lives in our street. He talks like that. Father, mother, grandfather, gran. They used these words. Me myself? I used them when I was a wean, I mean, when I was a kid, but I don’t any more. My own bairns. They use them and I wish they didn’t. These words are horrible. Look at them. Common as muck. Enough to make your skin crawl. Aye, but they’re beautiful too. They’re part of what makes us different, part of what makes us Scottish.

The Scots language is quite literally all around us. You can’t go far in modern Scotland without meeting it. We hear Scots in the home, in the supermarket, in the street. Scots is spoken by neighbours, colleagues, friends and relatives.

For many of us, it is a part of our being, the prism through which we see and experience the world. It is our mother tongue which, in spite of the other languages and idioms we pick up along the way, never completely fades and is always with us.

No heard that word before?
hoose - house
wrang - wrong
aye - yes/always
baith - both
sair - sore
puddock - frog
sleekit - sly
wabbit - tired
nicht - night
hame - home
hert - heart
heid - head
lugs - ears
midden - mess
bubblyjock - turkey
craw - crow
lowpin - jumping
fouter - potter
stane - stone
crabbit - grumpy
thae - those
pinkie - little finger
ingan - onion
howff - pub
fankle - muddle
weel-kent - famous
provost - mayor
polis - police
stookie - plaster cast
drookit - drenched
shoogle - shake
a piece-a sandwich
"hawd your weished"- be quiet.
"dinnae ken" - I don't know".

Our prophet(S.A.W) said:Barangsiapa mempelajari bahasa sesuatu kaum,maka dia akan selamat dari tipu daya mereka(kaum tersebut).

surah al-Hujuraat ayat 13:
[يأَيهَُّا النَّاسُ إِناَّ خَلَقْنَكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَْى وَجَعَلْنَكُمْ شُعُوباً وَقَبَآئلَِ لتَِعَرَفُواْ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ
أَتْقَكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ]

(13. O mankind! We have created you from a male and a female, and made you into nations
and tribes that you may know one another. Verily, the most honorable of you with Allah is that
(believer) who has At-Taqwa. Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware.)

Source:www.aloscotland.com

4 May 2010

TIPS MENGHADAPI TEKANAN


KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika belajar/bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan kemurungan, tidak bermotivasi dan boleh membawa kepada penyakit jiwa.

Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
  • Banyakkan solat sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan Allah
    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
    Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu belajar/bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri
    Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulannya, tekanan belajar bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Dan ingat lah pepatah melayu, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ayuh!! Kuatkan semangat kalian!!

edited from= http://nurjeehan.wordpress.com

p/s: Di sini saya kongsikan sekali website bacaan quran yang sangat merdu dan menenangkan hati. Mungkin kalian semua boleh dengar sambil-sambil study dan tenangkan hati yang keluh kesah. InsyaAllah dengan mendengar ayat suci al-quran hati lebih tenang dan fikiran tidak hanya tertumpu kepada masalah yang dihadapi semata-mata. Amin..=)


http://www.kalamullah.com/haroon-baqai.html



Jadual Aktiviti MMCS Lepas

[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -

[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1

[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-

[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup

[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula

[13 Nov] 2010
PERGH Goes to Scotland 2010

[8 Nov] 2010
-Adab ikhtilaf-

[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-

[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-

[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-

[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-

[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-

[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen