7 February 2011

BANTUAN KEPADA PELAJAR MESIR YANG TERKANDAS DI UK

Tuan/Puan,

KUMPULAN PELAJAR DARIPADA MESIR YANG TERKANDAS DI UNITED KINGDOM

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, Mesir kini sedang berada didalam keadaan bergolak dan tidak tenteram. Permerhatian kepada perkembangan semasa disana menjadi perhatian pihak kerajaan Malaysia terutama yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia disana.

Namun demikian, pihak Education Malaysia UK & Eire (EM) sedia maklum terdapat beberapa kumpulan pelajar daripada Mesir yang kini berada di United Kingdom untuk tujuan bercuti dan attachment. Keadaan di Mesir menyebabkan mereka terkandas dan tidak boleh pulang ke Mesir.

Sehubungan itu, pihak EM telah bersetuju supaya kumpulan pelajar yang terkandas ini diberi bantuan penginapan dan makanan dalam tempoh terhad sementara menunggu sebarang keputusan yang akan dibuat nanti.

Pihak EM memohon jasa baik tuan/puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua pelajar dan meminta supaya kumpulan pelajar daripada Mesir ini mendaftar masuk ke Dewan Malaysia dengan kadar segera.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pegawai-pegawai EM yang boleh dihubungi pada bila-bila masa adalah seperti berikut:

Pegawai Penyelaras:

1. Encik Khairulazam Anuar (m) 07901274560
2. Dewan Malaysia (24 Jam) 02079851262

Lain-lain pegawai:

3. Encik Shahrul Nizam Mahfudz (m) 07553740492 (h) 02035093111
4. Encik Kamarolzaman Abd Rahman
(Pejabat EM di Dublin) (m) +35316605598
5. Cik Wan Nooraribah Ishak
(Pejabat EM di Manchester) (m) 07538190183
6. Encik Khairul Azman Abu Bakar
Warden Dewan Malaysia (m) 02079851258 (h) 07901058465
.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

b.p Pengarah
Education Malaysia United Kingdom & Eire

Jadual Aktiviti MMCS Lepas

[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -

[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1

[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-

[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup

[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula

[13 Nov] 2010
PERGH Goes to Scotland 2010

[8 Nov] 2010
-Adab ikhtilaf-

[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-

[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-

[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-

[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-

[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-

[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen