22 November 2010

Jutaan penghargaan

Assalamualaikum wrth

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt. kerana dengan izinNya, PERGH GTS & FC AIM Heart 2010, dua program MMCS ini dapat diadakan dengan jayanya. Namun tanpa bantuan, sokongan, kerjasama dan pengorbanan daripada AJK-AJK yang disatukan daripada Aberdeen, Dundee, Glasgow dan Edinburgh, usaha menjayakan kedua-dua program ini sudah pasti menjadi suatu yang hampir mustahil.

Sehubungan dengan itu, MMCS ingin merakamkan ucapan terima kasih yang ketidakterhinggaan buat semua AJK yang bertungkus lumus siang dan malam bagi menjayakan kedua-dua program ini. Rasa terharu apabila mendapat tahu ada dikalangan AJK FC AIM Heart 2010 yang bersengkang mata sehingga jam 3 pagi untuk memasak kari buat santapan peserta-peserta, begitu juga dengarnya ada dikalangan AJK dan peserta PERGH GTS yang bangun seawal jam 1 pagi untuk menyiapkan makan tengahari, tak kurang juga dikalangan AJK yang mengorbankan waktu membuat eksperimen dan menulis thesis demi memastikan gerakerja kedua-dua program ini berjalan seperti yang dirancangkan. Ini yang diketahui, pastinya ada lagi kisah-kisah pengorbanan disebalik perjalanan kedua-dua program ini yang hanya Allah dan orang yang berkorban sahaja yang mengetahuinya. Semoga setiap usaha dan pengorbanan yang dilakukan walau sebesar zarah, samada dalam bentuk wang ringgit, masa, tenaga, idea dan sebagainya, akan dihitung oleh Allah swt. sebagai ibadah yang akan memberatkan timbangan amal kebaikan di akhirat kelak seterusnya diberikan ganjaran yang selayaknya.

MMCS juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada PMA, KMD, KMG, EMSA & Krew Nur Ramadhan yang sentiasa memberi sokongan penuh terhadap program-program yang dianjurkan oleh MMCS. Semoga kesatuan ukhwah ini dapat kita teruskan serta dipereratkan pada masa yang akan datang.

Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan Balai Malaysia Newcastle serta peserta-peserta daripada Newcastle yang turut menjayakan FC Aim Heart 2010. Ucapan terima kasih juga buat kalian!

Ucapan terima kasih juga buat para peserta yang menyertai PERGH GTS & FC AIM Heart 2010. Kesudian menyertai dan kerjasama yang diberikan sepanjang program amat kami hargai. Semoga ia dapat memberi manfaat buat kita bersama. Mohon maaf di atas setiap kekurangan yang ada. Moga tidak serik untuk meyertai lagi program-program MMCS pada masa yang akan datang, jika tidak sebagai peserta mungkin sebagai AJK pula!

Sekali lagi, TERIMA KASIH SEMUA!

Jazakumullahu khairul jaza

-Koordinator MMCS-

Jadual Aktiviti MMCS Lepas

[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -

[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1

[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-

[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup

[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula

[13 Nov] 2010
PERGH Goes to Scotland 2010

[8 Nov] 2010
-Adab ikhtilaf-

[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-

[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-

[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-

[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-

[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-

[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen