3 December 2010

Dariku Untukmu: Amanat Seorang Murabbi

Kehadiran beliau ke bumi UK ini umpama hadiah buat warga Malaysia di UK dan Ireland (juga negara-negara sekitar). Komitmen beliau terhadap tugas telah membuatkan beliau rapat dan dekat dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang lain. Nasihat dan tunjuk ajar beliau sering ditagih oleh pelajar. Tidak dikira lagi tugas dan amanah yang dipikulnya dalam menggalas amanah berat menyampaikan dakwah.

Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tanggal 31 Disember ini, Ustaz Erfino akan menamatkan tugasnya di bumi asing ini. Tanggal 31 Disember 2010, beliau sekeluarga akan berangkat pulang ke tanah air tercinta bagi menyambung perjuangan yang tidak akan selesai. Pastinya kehilangan beliau akan dirasai warga UK dan Ireland terutamanya.

Sebelum beliau pulang ke Malaysia, marilah kita bersama-sama mendengar nasihat dan amanat beliau umumnya kepada semua rakyat Malaysia di UK dan Ireland, khususnya buat para pelajar yang dikasihi. Segala ucapan juga daripada para pendengar, amat juga dihargai.


Kuliah Online kali ini bukanlah kuliah online biasa. Biarlah kuliah online kali ini menjadi medan untuk kita saling berdialog dengan murabbi ini.

Untuk mendengar, sila layari:

http://www.ustream.tv/channel/kuliah-online-mmcl

Isnin, 13 Disember 2010
9 malam (Waktu UK dan Ireland)
4 petang (USA)
10 malam (Perancis)
11 malam (Mesir)
12 malam (Rusia - 14 Disember 2010)
5 pagi (Malaysia - 14 Disember 2010)
6 pagi (Jepun - 14 Disember 2010)
8 pagi (Australia - 14 Disember 2010)

Terima kasih juga buat yang memberi kerjasama di dalam penganjuran kuliah online kali ini:

- IluvIslam.com
- Malaysian Community of Old Trafford (MCOT)
- Sheffield Malaysian Students Association (SMSA)
- Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)
- Persatuan Pelajar Malaysia Cork (PPMC)
- Malaysian Muslim Circle of Scotland (MMCS)
- Moslem Society, Canterbury Christ Church University (MSCCCU)
- Leeds University Malaysian Society (LUMSOC)
- Malaysian Students Society of Surrey (MSS Surrey)
- IluvWarwick


Jadual Aktiviti MMCS Lepas

[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -

[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1

[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-

[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup

[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula

[13 Nov] 2010
PERGH Goes to Scotland 2010

[8 Nov] 2010
-Adab ikhtilaf-

[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-

[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-

[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-

[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-

[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-

[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen