28 February 2010

If He Were Among Us - PBUH



Bersempena dengan bulan Rabi'ul Awwal- bulan kelahiran Junjungan Besar kita Muhammad s.a.w, kami kongsikan kepada anda sebuah video tentang rancangan realiti TV Bahasa Arab : Lau Kaana Bainana (If He were among us).

Selamat menonton :)

27 February 2010

Ayat-ayat Cinta





Apakah erti sebenar mencintai dan mengagungkan sunnah Rasulullah s.a.w?

Ingin menyempurnakan cinta ini dalam diri kita?

Bagaimana merayakan bulan kelahiran Rasulullah s.a.w., apakah metod yang paling sesuai?


“Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah”
(Al Ahzab: 21)


Allah telah menjadikan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai penjelas dan penjabar dari Al Qur’an yang mulia, yang merupakan sumber utama syariat Islam. Oleh karena itu, tanpa memahami sunnah Rasulullah s.a.w. dengan baik, seseorang tidak mungkin dapat menjalankan agama Islam dengan benar.


Forum ini, insha-Allah akan cuba mengupas keutamaan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w serta adab-adabnya.

..........................................................................................................................

Ust Ahmad Nizam Hassan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Bahasa Arab, Uni of Jordan, dan kini sedang menyambung pengajian dalam Masters Islamic Studies di Al Maktoum Institute, Uni of Aberdeen, Dundee.

Waktu UK: 8pm
Hari: Isnin
Tarikh: 1 Mac 2010
Medium: Paltalk
Add 'mmcs-scotland' atau search room 'MMCS On Air'



Waktu Malaysia: 4am (Selasa
Waktu Australia: 7am (Selasa)
Waktu Indonesia:3am (Selasa)
Waktu Jerman: 9pm
Waktu Kanada: 2pm
Waktu Mesir: 10pm

Jumpa di sana!

24 February 2010

To Realize The Value..


To realize the value of ONE YEAR,

Ask a student who failed his or her final exam.

To realize the value of ONE MONTH,

Ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK,

Ask an editor of a weekly magazine.

To realize the value of ONE DAY,

Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.

To realize the value of ONE HOUR,

Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE,

Ask a person who missed his or her train.

To realize the value of ONE SECOND,

Ask the person who survived an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND,

Ask the person who won a silver medal in the Olympics.

AND

To realize the value of this precious LIFE,

Ask the person who is now six feet under!

- Quoted from The 7 Habits of Highly Effective Teens by Sean Covey, page 127 [the last two sentences are from my addition]



So when you have finished (from your occupation), then stand up for the next duty. And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations. [Al-Sharh 94: 7-8]

(sumber)

Teleconference: Sambil Minum Kopi


Sambil Minum Kopi (Siri 2):
OK Ke Sebumbung Dengan 'Bukan Melayu'?

Mahasiswa Melayu yang menuntut di institusi-institusi di luar negara cenderung untuk tinggal sebumbung bersama rakan-rakan Melayu yang lain. Antara faktor yang dipersetujui secara bersama dikalangan rakan serumah, samada dinyatakan secara jelas ataupun persetujuan bersifat tradisi, adalah keselesaan individu untuk berkomunikasi, beribadah dan bersosial.

Faktor-faktor ini seakan-akan menjurus kepada usaha mencapai ‘zon selesa’ dalam konteks persamaan aspek berbahasa Melayu, berbudaya Melayu, dan cara hidup beragama Islam. Keselesaan ini difikirkan perlu bagi memberikan ruang kepada mental, fizikal dan spiritual untuk lebih fokus dalam menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar di luar rumah, seperti memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik serta penglibatan aktif dalam persatuan dan komuniti tempatan.


Proses pembinaan idea yang konstruktif di atas tidak semestinya sah kerana terdapat kemungkinan kewujudan dikotomi di fasa-fasa awal proses tersebut.

Logik dari proses tersebut juga mengundang andaian bahawa, ‘kecemerlangan dalam bidang akademik serta penglibatan dalam persatuan dan komuniti tempatan’ tidak boleh tercapai seandainya mahasiswa Melayu tidak berada dalam ‘zon selesa’ seperti yang disebutkan diatas.

Siri kali ini membawa kita untuk bersama-sama berbincang dengan Saudari Nik Madihah tentang pengalaman beliau dalam mengimbangkan antara hidup bersama-sama dengan selesa dengan rakan serumah ‘bukan Melayu’ dan memastikan kecemerlangan akademik serta penglibatan aktif dalam hal ehwal luar dewan kuliah. Saudari Nik Madihah akan menyentuh aspek kehidupan beragama, sosial, psikologi dan aspek-aspek manusiawi yang lain menerusi perkongsian pengalaman beliau.


---------------------------------------------------

*Saudari Nik Madihah ialah mahasiswa tahun akhir University of Newcastle (UK) dalam bidang Pergigian. *Saudara Azad Azman ialah mahasiswa tahun akhir yang menuntut jurusan Exploration & Resource Geology di Cardiff University (UK).

---------------------------------------------------

Sambil Minum Kopi adalah suatu usaha kecil beberapa individu yang berjiwa besar. Individu-individu ini beraspirasi untuk 'Membudayakan Perbincangan Ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia di seluruh dunia.

Kami menyedari bahawa impian ini adalah suatu impian yang cukup besar, bahkan tampak mustahil dijayakan dalam jangka waktu yang singkat. Namun kami yakin bahawa ianya mampu tercapai apabila masyarakat Malaysia mula menyedari tentang keutamaan & kepentingan apresiasi terhadap ilmu. Dan 'Sambil Minum Kopi' hanyalah berperanan sebagai salah satu dari pencetus 'fenomena ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia, khasnya di UK dan Ireland.

Wallaahua'lam.

Hebahan: Kuliah diTUNDA

Assalamualaikum wbt.

Merujuk kepada post Kuliah Ekonomi bersama Ustaz Nazri Chik pada 24 Februari ini, kuliah tersebut terpaksa dibatalkan dan akan ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sebarang kesulitan amat dikesali.
Wallahua'lam.

23 February 2010

Hebahan: Ulama Tersohor di Aberdeen Malam Ini!



Jamal Badawi is an Egyptian born Muslim Canadian professor in Saint Mary's University.
He is a well-known author, activist, preacher and speaker on Islam and Muslims. He completed his undergraduate studies in Cairo, Egypt and his Master's and PhD degrees at Indiana University.

Dr. Badawi has authored several books and articles on Islam. He also researched, designed and presented a 352-segment television series on Islam, aired in Canada, the US and other countries. Audio and video copies of this series are widely available. In addition to his participation in lectures, seminars and interfaith dialogues in North America, Dr. Badawi was invited as a guest speaker in various functions throughout the world.


He is also active in several Islamic organizations, including the Islamic Society of North America, and is the founder/chairman of the Islamic Information Foundation, a non-profit foundation seeking to promote a better understanding of Islam and Muslims towards non-Muslims. He has lectured extensively in North America and abroad, and is an excellent speaker on a variety of topics including Islam and Christianity. He is an expert in Christian-Muslim dialogues. Dr. Badawi is also a member of the Islamic Society of North America (ISNA) Fiqh Council. and a Guest Scholar at The American Learning Institute for Muslims.

The speaker will be talking about the important of relationships within families and how to improve upon them, Inshallah.
A topic important to us all not only with our parents and siblings etc but also for the future when we have our own families, Inshallah.

Please invite your family and friends too. Lets show some warm Scottish Hospitality....Aberdeen style!

This message is brought to you by: Aberdeen University Muslim Student's Association
(Sorry for late promotion)

Teleconference: Bersama Pakar Ekonomi


Untuk hebahan program yang terdekat ini, MMCS dengan ini menjemput anda semua mengikuti teleconference berikut:



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. [Ali Imran: 130]

22 February 2010

Welcome! Fàilte!



Assalamualaikum wbt.
Selamat Datang ke weblog:
MMCS- Malaysian Muslim Circle of Scotland!


Weblog ini baru sahaja dirasmikan pada hari 22 Februari 2010 setelah beberapa bulan
perbincangan antara beberapa wakil kawasan di Scotland ini. AlhamdulIllah~
Menyedari bahawa komuniti Melayu agak kecil di Scotland berbanding dengan kawasan- kawasan lain di United Kingdom, satu inisiatif dicadangkan untuk menyatukan seluruh lokaliti (seperti Glasgow, Aberdeen, Dundee, Edinburgh) di Scotland ini.

Hampir kesemua lokaliti telah pun mempunyai Persatuan Melayu masing-masing, justeru MMCS diharapkan mampu menjadi medium penghubung antara kesemuanya. Mudah-mudahan, walaupun sesetengah agenda komuniti hanya berpusat di tempat-tempat tertentu, seluruh Melayu Scotland dapat berkongsi manfaat.

Dengan demikian, MMCS berusaha untuk mewujudkan kesinambungan dan perhubungan yang erat dengan badan-badan berikut:


-Ikatan-
* Persatuan Melayu Aberdeen.
* Komuniti Melayu Dundee.
* Komuniti Malaysia Glasgow.
* Edinburgh Malaysian Student Association
* Juga persatuan-persatuan Melayu lain di seluruh Scotland.

Secara keseluruhannya, objektif MMCS ialah:

-Objektif-
* Wadah pengumpulan Malaysian Muslim seluruh Scotland

* Menghubungkan semua persatuan Malaysian Muslim di Scotland

* Mengeratkan hubungan sesama perantau Malaysian Muslim terutamanya antara undergraduate dan postgraduate
* Memudah dan menjimatkan banyak perkara untuk mana-mana program yang boleh dianjurkan di bawah satu bumbung Scotland


Weblog ini akan menjadi wadah utama dalam gerak kerja MMCS, di samping Group di Facebook dan juga MMCS Yahoogroups (Yahoogroup masih under construction).

Pihak MMCS akan berusaha menghebahkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang boleh dimanfaatkan oleh semua warga MMCS.
Justeru, andai ada antara warga MMCS yang ingin memaklumkan sebarang aktiviti untuk dikongsi di weblog ini, atau ingin menyumbang menulis di sini bolehlah menghubungi pihak admin di mmcs.scotland@googlemail.com.

Semoga MMCS akan bergerak maju selepas ini.
Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan.
Ke arah 1 Malaysia, 1 Scotland!

Wassalam.


p/s: Selama anda duduk di Scotland ini, tahukah anda bagaimana untuk pronounce Fàilte? Fàilte adalah bahasa Scotland Gaelic =)

Jadual Aktiviti MMCS Lepas

[9 Mei] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 2
- Bingkisan Bersama Putera dan Puteri Ku... -

[5 Mac] 2011
Kuliah Online MMCS bersama NurRamadhan 1

[22 Jan] 2011
PERGH2 Goes to Scotland 2011
-The Forgotten-

[19 Jan] 2011
PERGH2 GTS Pendaftaran ditutup

[20 Dec] 2010
PERGH2 GTS Promosi & Pendaftaran Bermula

[13 Nov] 2010
PERGH Goes to Scotland 2010

[8 Nov] 2010
-Adab ikhtilaf-

[24 Oct] 2010
-AIMs Heart-

[23 Feb] 2010
Kuliah Paltalk (Aberdeen- Jamal Badawi's Talk)
-Dia Kekasihku-

[25 Feb] 2010
Kuliah Paltalk
-Sambil Minum Kopi-

[1 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Ayat-Ayat Cinta-

[9 Mac] 2010
Kuliah Paltalk
-Kuliah Ekonomi-

[2 Mei] 2010
Imigresen-Aberdeen